Showing posts with label Indahnya. Show all posts
Showing posts with label Indahnya. Show all posts

08 December 2010

Muhasabah Diri sendiri



salam..
actually dah lama aku nk ari pasal menda yang aku pernah terfikir..
tapi x la sampai aku mencurigai qada' dan qadar Allah..
cuma sebagai hamba aku perlukan vitamin hati agar aku tahu semua yg
telah di takdirkan ada reason nye tersendiri..
sangat indah dan tersentuh aku membaca hasil nukilan seoran
g sahabat di laman muka buku...
syukur semuanya kurniaan ALLAH S.W.T juga..

" Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak
solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al- Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan t timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj."

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Oleh Hilal Asr

"BEKUNYA AIR MATA KERANA KERASNYA HATI,

KERASNYA HATI KERANA BANYAK NYA DOSA,

BANYAK NYA DOSA KERANA LUPAKAN MATI,

LUPAKAN MATI KERANA CINTAKAN DUNIA"

10 August 2010

Ramadan al mubarak


salam..


alhamdulillah masih dapt aku nikmati ramadhan kali ini dengan keadaan negara yang aman damai..sgt bersyukur jika dibandingkan dengan saudara yg menempuh peperangan di sana.
pastinya syurga untuk mereka,,mereka antara yg terpilih..

insyaAllah.. moga2 ramadhan kali ini dpt rahmat dari NYA..

amin..

25 July 2010

ALHAMDULILLAH...

syukur sgt2 Allah tunjuk kan aku jalan yg terbaik untuk aku..

semoga aku di rahmati-NYA selalu

27 May 2010

UPPSS .. kene perli daa..


Uuuh What is my title meant of?... begini, pagi ini aku bgn awal around 8.30 a.m ( hehe..awal ke?) coz mlm td berazam nk bgn awal.. mak dh start potpet kate bgn pg..tlg mak.. hehe.. aku bgn lambt pon xla lmbt sgt.. dlm 9.30..

even bgn lmbt aku still wat keje CONTOHNYE:

  1. kemas bilik
  2. sapu sampah
  3. mop lantai
  4. bsuh bju
  5. sidai baju
  6. tlg masak
  7. lipat kain bju
  8. itu jeeee hehehe
tp ari ni aku bgn awal. sedang aku memasukkn bju kedaln washer machine tibe2 mak mengeluarkan suara kecik die..means PERLI LATUh..huhu

lebey kurg mcm ni la dialog sinis nya
mak: "eyhhhhhhhhh......"
aku: " iyeee sy, kenape x percaya ka?"
mak: " sungguh luar biasa, selalu xbgn awal"
aku: "heheheh"

owh.. itu la my mom.. seorg yg rajin.. die perli2 aku xtrase pon.. coz she is the great mom in the world.. lgpon dh tggjwb aku nk tlg die since dh ade kt umah ni.. so klu die nk potpet2 pon aku pakakkn teling sahajalah...ngeeee.. love my mom so much



inila mak n abah shayee..


arini aku bgn awal so antara kerja2 yg aku dpt siapkan even 1 jam awal jeeeeeee CONTOHNYE:
    1. kemas bilik
    2. sapu sampah 2x
    3. bsuh bju
    4. sidai baju 2x
    5. tlg masak
    6. lipat kain bju 2x
    7. buka sarung kusyen
    8. lap almari n kabinet
    9. buang sampah
    10. main game hehehe
                last nye aku tertido dr kul 2 smpai 3.30 sbb ngntuk sgt n perut aku pg makn angin plak.. hehe maksd kau perut masuk angin... okey sekin report tuk ari ini.. 27 may 2010..

                28 April 2010

                TAK PAYAH PAHAM LA..




                Lama x coret2 dalam blog... lame x berbloging.. why? sebab xde internet di hujung jari..hehe
                ade pon just for finding material wat assignment.. nak berblog pada aku perlukan feel sbb blog ni macm sahabat tempat luahkan segala rasa..

                byk sgt yang aku lalui sepanjang sem ini.. last sem aku for being as UiTM student.. after this melalui practical yg aku x tau mcm mane.. harap2 segalanya berjalan lancar.. aku nak di luahkan sgt byk n wut can i say just byk perkara yg kurang lemak berkrim yg aku hadapi.. n bcoz of that i avoid to write in this blog.. pada aku, aku lebih prefer tuk igt dan abadikan perkara2 yg manis shaja.. supaya aku sentiasa happy, bersemangt, x stress n redha dgn ketentuan - NYA..

                maybe sem ini aku rasa x seindah sem2 yg lepas kerana silap dtg diri aku sendiri.. x boleh slahkn sapa2.. n jgn sesekali menunding jari dkt org lain.. perbetulkan diri sendiri.. yg baik datang dari Allah.. dan yg buruk of course dri diri aku ni.. selemah-lemah insan yg sgt mengharap keredhaanya dlm apa jua aku lakukan..

                x sume yg sedih.. ada jugak, byk juga perkara yg aku perlu bersyukur sgt2... yg paling membuatkan ati ini tersentuh, mase nak amik exam muet.. pale sagt kusut ngn final exam.. bleh plak muet tersesat di tgh killer paper.. mase tu aku seboleh x mau susahkan sape2 coz aku yg wat benda jd susah.. bkn apa masa dafta muet tu aku n shahrul sama nak dafta wat private candidate.. bleh amik same2 exam nanti.. sumenye kuasa tuhan.. kami di pisahkan dgn sekolah yg berlainan tuk duduki exam.. wah kelam kbut.. sape plak nak anta aku pg2 buta kul7 kat sekolah infant jesus convent..

                of course shahrul x pat anta sebab die pun kene ada kt sekolah kul 7. blik bincang ngn family.. nk pinjm kete akak but then tkot lg nk drive sorg2 g melka.. n sekolah tu sesak tepi jaln.. bincang ngn abh die nk dtg melaka pg2 amik aku and anta kt sekolah tu.. ala sian plak.. tp dah xde pilihan.. terpaksa susahkn salah sorang.. btol jgk kte shahrul dlm hal2 mcm ni terpaksa susakn slah sorng coz kita x de cara dah... emm.. sesugghnya die seorg yg bpikiran jauh..tu aku akui.. sebab tu suke bincang masalh dgn die..

                tp ati aku ni mash berat lg nk susahkan abh.. maklumlah die terpaksa ger..ak pg2 pas subuh.. borak2 ngn kak iza mlm sebelum muet.. kak iza hsmate yg sgt sporting, baik hati... mmg byk sgt tlg kteorg.. tbe die tnye " dayah sok pg mcm mane?" .. " abh dtg pg sok dr muar amik sy... jwb aku.. " la dr muaar? kesian abh dayah.... xpela pg sok akak anta blik akak jemput k.." la xpyh la kak.. sushkan je.. jwb aku malu2 kucing.. " xpela, awak nk exam tu"..
                wah baik nya die.. padahal die nak blik kampung aritu.. hmmp,, ape2 pun thanks a lot kak iza.. blik muet kak iza belanja lg tu minum coconut shke special.. wah.. sweet sgt..

                itula hendak la aku ni sentiasa bersyukur..

                kdg2.. die dtgkan petir, kita tkut, cemas, x bebas, pastu die dtgkan pula ujan, suasana suram, sejuk... sejenak terfikir mengapa die x trus dtgkn matahari supaya kita x tkt, suram dan bebas... rupa2 nya di sebalik itu sume die nak bg kita sebuah pelangi yang sgt tenang, menarik, dan menyinari kita tanpa pans terik... subhanallah... sebab itu, die maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.. as long as we keep praying and hoping for his blessing..

                22 December 2009

                Alhamdullilah..

                arini aku dah lulus ujian jpj.. alhamdulillah.. syukur..
                nervous sgt.. tp relax je... aku 1st cndidate lak tu..adoyaii .. berserah jela..
                dpt jpj pompuan.. tp ok..baik sgt..so..just to say im happy now!! yezza.. alhamdulillah..




                04 December 2009

                TIBE-TIBE

                Arini ni schedule aku ct semester ni bergerak cm bese.. bgn tido amik bju basuh. sidai baju, bg kucing makn, tlg mak masak n kewajipan tuk aku melayari internet..

                nthla TIBE2 arini rase cm nk cari resepi tuk wat cup cake.. tgk2 design icing kt web site.. comel2 deorang wat.. kreatif sungguh.. then.. something unexpected happened where SUDDENLY aku ter masuk ke 1 blog yg sunnguh menyayat hati..

                ni kisah seorang saudara kita yg tinggal di pontian. same umur ngan aku..22.. die story bout his life.. which is his had suffered with cncer n how he survived.. cdey sgt bce.. n nth la hati aku tergerak nk bce sume yng die tulis dlm blog tu.. adela dlam 61 kisah.. paling sedih when looked at his different faces b4 n after he got the disaster. die letak gmbar die.. mase cht comey gak guy ni but then.. ye lah.. kuase Allah.. die sgt kurus sbb 2 taun x mkn nc.. just mkn bubur n ubat je.. cmne kn perasaan family die... especially mak die.. bace punye bace.. tergerak ati aku nak bce kt chat die.. ade orng ucap takziah..n al-fatihah.. im question it! MasyaAllah rupenye the owner blog tu dah kembali ke rahmatullah awal bulan 11 yg lepas..baru je lg.. aku terbace die tulis yg die akan terima satu lg operation tu rahang die..die nk gk amik risiko tuk wt opration tu wlaupun chances nye 50-50..die ckp dah x sggup nk thn skit lg.. ksian sgt.. bile aku bce blog tu.. aku terfikir ade org lain yg msh kuat smgt nye wlupun ade masalh yg seberat ini ditggung..syukur alhamdulillah aku masih bernyawa n aku doakn family n sahabtku supaya sentiasa di bawah rahmat yg Esa. kepada arwah didoakan ssupaya roh nya dicucuri rahmat. amin..

                21 September 2009

                SALAM AIDILFITRI


                salam... pnt btol arini..

                ramai sedare mare dtg..

                mcm kenduri plak umah ni..

                n as usual i be the drink maker. hehe

                x mcm taun dulu.. x bpe meriah..

                dunno why... every single thing happened in life is anonymous..

                as loves one trapped in trouble~~

                then we realize and the question is that..

                ADAKH ianya SEDAR ataupun suatu KesedARAn..

                SPLENDOUR OF MY LIFE...


                SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA...

                salam to all my dear frenz..

                being a student is such a wonderful things in my life..

                coz i know the things that i never know..

                stressful, relax, happy, worry.. all that has been blended in my life

                as being a student...

                pray hard..study hard..be good one..

                and everything will be put right in the place..