27 July 2013

Still Awake

Salaam..

Bismillahhirrahmeranirrahim.. Alhamdulillah, this is the very first entry for about 2 years not update. OMG!!
Now diberi kekuatan balik untuk update blog ku ini..

For 2 years back, banyak ceritera suka dan duka aku da lalui..


KERJAYA


dari tngah mencari kerja yang betul-betul sesuai dengan diri aku now aku dah dapat walaupun kadang-kadang aku goyang dan stress. Namun aku yakin Allah S.W.T beri yang terbaik untuk hambanya selagi mana kita berdoa dan terus berusaha untuk kejar cita-cita kita. Jika disini aku dapat mencari rezeki yang halal dan diberkati, InsyaAllah redha Mu ke pohon agar keikhlasan serta kesungguhan aku disini.




ABAH


aku kehilangan abah kesayangan pada 17 Januari 2013. Kehilangannya sangat terasa dan aku sangat merindui abah.. Doa anak-anakmu sentiasa bersamamu. Allah S.W.T lebih menyayangi abah.. Semoga abah ditempatkan di Jannah Allah bersama orang-orang mukmin. InSyaAllah, macam Hubby selalu cakap, semua akan pergi, n sentiasa berdoa agar kita dapat jumpa abah di alam yang benar-benar kekal. Doaku juga buat Mak agar sentiasa tabah menjalani kehidupan tanpa abah.. Aku tabah sebab hubby dan Mak.





Wedding


Wifey to Shahrul Ariffin Bin Jamalluddin. Alhamdulillah.. about 1 months plus aku bergelar isteri. Bahagia dan Happy.. Syukur, nikmat perkahwinan yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya dan ianya benar. Semoga hubungan kami terus berkekalan sampai bila-bila dan segala ujian akan mendatang kami akan dapat lalui berdua dengan tenang dan dirahmati.


MELAKA SITE


MUAR SITE












02 March 2011

Sembuh kan Aku..



kenapa la lately aku sgt jd pemalas..
makan tido makan tido aje
dah mcm kucing kt umah aku je..
nasib mandi aku x terabai
ok siket la daripada si "si kuning" yang dah comot ni..


oohoohoi aku kena rajin..
slip exam dah sampai..
about 1 month lg aku kena settle up 2 buku ni..
"module 6 n module 7"
tolong la ya Allah sembuh kan penyakit buruk ni..amin..


25 February 2011

Sooo Annoying ok..!



welcome back...

aiseeh.. lame sgt x update blog.. nk kate xde internet umah ni 24 jam terpassang..
makanya penyakit aku ni yg menjadi penyebab nya
aahhha..penyakit ape plak ni?!


*****malastorisme disease*****

okeyla, actually byk sgt benda yg terjadi if nk cite 1 by 1..
al maklumlam la baru nk cari peluang tuk hidup di bumi Allah ni..
xpe la just forget all those things..
makanya aku nk write out 1 story ni pasal something yg menjengkelkal di tempat kerja aku

walaupon aku bekerja di dalam bilik sejuk (* air-con cap kaki ayam andartu), tp aku juga buat keja untk bahagian lain..
maklum sajala if madam ask for favor or something die suka hati suh aku wat kan untuk die..
but aku yg pura2 baik pijak semut pon x mati ikot kan aja la
maklum la bru start keje..kene pamer kan sikap pelajar Uitm yg sejati


then, nak di pendek kan cite la ye.. aku sangat BENGANG dengan SEORG hantu ni..
sangat annoying pada aku..
ni cite mula2 aku wat keja bhagin production gntikan sorg pekerja tu.. hantu ni dtg kt aku.
so xkn nk nyombong sgtkan.. aku pon layan la die borak2..
tp aku expect cukup la dalam 5 minit aku bg can nk borak, then ko pg la blah wat keje ko tu.
aku pon ade keje nk di siap kan. ni x, die melekat plak kt situ.. borak pepanjang
sampai aku rasa annoying sgt.
pastu start dari situ, aku perasan die tgk2 aku if aku tgh jalan, n nak anta barang kt pekerja die sibuk dtg kt aku tp x buat pape keje pon.. ade sekali tu die patahkan brg reject depan aku guna kaki.. ape kah motif die? nak tunjuk handal ke? ala setakat plastik guna gigi aku pon bleh patah kan.. geram n sgt annoying..

addakah 1 kali aku melayan borak satu anugerah bg die.. it just my sense of humor la beb.
not more than that..

hari ni perkara jd sama gak.aku kene gantikan pekerja. die dtg kt aku, tp kali ni aku x layan.
die melekat je kt meje, tgk2 gum.konon2 gum tu ade rosak kot..
aku mmg dah x thn ngn die, terlepas cakap plak aku:

aku: weh, pg la tempat lain.

hantu: aaa ape? ( wat2 pekak plak depan aku)

aku: pg la tempat lain. btol kan mesin lain. sini mesin good.
x rosak pape.

hantu: oo.. mesin sane tuka mould.

aku: (eh, so if tuka mould ape kene mengene ko nk lepak kt meja aku)-dalam ati aku ber monolog geram so, wat pe ko duk sini..? pg la sane..jgn duk sini.aku nk wat keje
-aku sedap bahan die cos ati suda sgt geram

so hantu tu pon blah seperti menurut arahan..


p/s: yess, mission success.

08 December 2010

Muhasabah Diri sendiri



salam..
actually dah lama aku nk ari pasal menda yang aku pernah terfikir..
tapi x la sampai aku mencurigai qada' dan qadar Allah..
cuma sebagai hamba aku perlukan vitamin hati agar aku tahu semua yg
telah di takdirkan ada reason nye tersendiri..
sangat indah dan tersentuh aku membaca hasil nukilan seoran
g sahabat di laman muka buku...
syukur semuanya kurniaan ALLAH S.W.T juga..

" Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak
solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al- Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan t timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj."

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Oleh Hilal Asr

"BEKUNYA AIR MATA KERANA KERASNYA HATI,

KERASNYA HATI KERANA BANYAK NYA DOSA,

BANYAK NYA DOSA KERANA LUPAKAN MATI,

LUPAKAN MATI KERANA CINTAKAN DUNIA"

06 November 2010

Takot nya kalau terjadi lg...

"peristiwa itu"

takotnya kalau2 terjadi lg pada aku.....
tiba2 teringat peristiwa itu.....
kalau la bole aku bace hati setiap insan dalm dunia ini kan bagus....
kenapa la ada insan yang tegar melakukan peristiwa itu pada aku.....

"peristiwa itu"

kalau ianya terjadi lg, sumpah akan aku bersih kan sume cerita aku....
mana mungkin aku teraniaya tuk kali kedua....
kalau terjadi lg, aku la yang paling bodoh....
seakan-akan pengemis cinta yang bukan milik aku..

"SESUNGGUHNYA CINTA PADA MU YA ALLAH YANG KEKAL DAN MEMBUAT AKU BAHAGIA SELAMANYA"

01 November 2010

Melepas Lagi..



masuk ni dah 3 invitation interview aku dapat.. first as admin assistance kt kota damansara.. terpaksa tolak coz jauh so x dpt restu keluarga.. hehhe, chewah2.

then interview kt Giant as P.A.. huhu.. aku attend tp x best dowh kojenye.. mmg x minat.. wah memilih plak.. peduli ape aku.. so aku pon wat men2 je interview tu just nk cari pengalaman interview saje sebab dah frust dengan first interview xdpt pegi.

pergh ni yg third.aku apply for HR officer kt glenmarie shah, alam.. tup2 dpt call for the interview.tp sekali lg tempatnye jauh.. cmne nk pg.. sedara mara x da di situ.. sob,sob.. tidak mengapalah.. from today onwards aku akan mati-matian cari di keje di sekitar Muar n Melaka sahaja. full stop.

16 October 2010

Terima kasih atas segala-galanya.....


15 / 10 /2010

the date that will be remember forever n ever....
last day aku praktikal kt di sini.. SAJ Holdings... banyak kenangan yang indah, x berapa indah, masam kelat, suam2 kuku... sume ada..
tp itu just experience n also dugaan tuk aku lebih bersedia di alm yang lebih mencabar kelak...
thanks to everyone, yg sgt supportive x kira dlam apa jua hal.. mintak aje tolong mesti dpt punye..

  1. thesis aku - sgt2 supportive on giving ideas, informations n also answering my questionnaire..(bagi pagi, before balik dah ada siap atas meja aku di tgkt atas.. wah sgt pantas menjwab soalan budak sekolah)
  2. kebajikan aku- hehhe.... masih teringt lagi dat time pg2 buta aku dtg ofis n g la toilet tengok2 mata kot2 ade serpihan yg x diigini di pagi hari, sedang best menelek muke ku duuummm... atap roboh n aku pon terkejut gajah kt situ.. bash gak separuh bdn but alhamdulillah x cedera pape... n yg take action on this incident was my admin exec, encik zulkifli..die trus suh org btol kan dat atap..
  3. pertolongn kecemasan- still in mind my mind, 1 day tu aku terpaksa menjadi ad hoc utk persiapan majlis jamuan hari raya. SAJH diberi 1 booth tuk siap kan air minuman.booth tu kena hias ngn cantik.so dak pektikal la yg terpaksa di umpan.katanya nk ajak jalan2 ke dewan..siap la aku tiggalkan kerja ofis aku semata2 nk p jalan2..hehhe.. tp its fun.. thank to en kur@syukur sebab baik hati bwk kami berjalan2.
so, as conclusion best di sini coz rasa belonging n there was a family culture environment in there. tp yg manis pasti ada yg masam.. adat la kehidupan.. x diuji bkan la manusia namanye kan.. jom layn gamba2 cun ni....

Di my Department

Sambutan Hari raya bersama buddies

memories di loji Air

Aktiviti wajib makan2 di ofis

Family Day SAJH bersama my ketua Agensi En. Zani & staffs

Hehe.. ready to race.. best men air..

En zul n family..

Thanks to Kak Ruhi n Driver